Bekas anggota EXO, Luhan terjebak dengan kontroversi pelanggaran hak cipta apabila jenama kosmetik China dikenali sebagai KanS didakwa menggunakan gambar penyanyi itu ketika masih bersama kumpulan berkenaan.

Menurut laporan eDaily, gambar itu dirakam ketika satu kempen promosi membabitkan EXO.

Agensi SM mengeluarkan kenyataan sudah menyiasat perkara itu dan mendapati gambar itu adalah koleksi hak cipta mereka.

"Kami mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggunakan gambar ini tanpa kebenaran.

"Kami sudah berbincang mengenai langkah yang bakal diambil dengan peguam syarikat," kata wakil SM.

eDaily turut melaporkan, seandainya Luhan terbabit dalam isu ini, dia akan berdepan beberapa hukuman.

Luhan meninggalkan EXO pada Oktober lalu dan terbabit dengan penggambaran filem berjudul Back to 20.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 5:01 AM