Peminat Tao dari kumpulan EXO menyedari artis kesayangan mereka menukar nama profil di laman Instagramnya daripada EXO-TAO kepada Z.TAO pada 5 Mei lalu.

Ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang Tao akan meninggalkan kumpulan EXO tidak lama lagi. Antara dakwaan, ia susulan Tao enggan memberi kenyataan selepas pernah meluah pendapat mengenai tindakan Kris memfail saman terhadap SM Entertainment mengenai status kontraknya.

Merujuk perbuatan Kris, Tao mengatakan mereka mungkin tidak tahu bagaimana rasanya dikhianati orang lain dan berada di sekeliling insan yang mengkhianati pula.

Kedua-dua pihak tidak membuat kenyataan balas susulan isu itu dan setakat diketahui, SM Entertainment masih dalam proses rundingan dengan Tao dan bapanya berhubung situasi itu.

Dalam pada itu, ada laporan mengatakan bapa Tao meminta surat pembatalan kontrak Tao daripada SM Entertainment selepas tiga tahun artis itu mempromosi EXO.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 10:59 AM