Shaikh Abdul Adzis (tengah) bersama anggotanya menunjukkan parang panjang dan barang rampasan ketika sidang media berkaitan kes samun bersenjata dan pecah rumah di IPD Melaka Tengah, hari ini. FOTO Hatim Ab Manan
Shaikh Abdul Adzis (tengah) bersama anggotanya menunjukkan parang panjang dan barang rampasan ketika sidang media berkaitan kes samun bersenjata dan pecah rumah di IPD Melaka Tengah, hari ini. FOTO Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Sekumpulan tujuh penjenayah yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Melaka Tengah berjaya ditahan polis dalam beberapa tangkapan berasingan akhir bulan lalu.

Semua lelaki terbabit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada 26 hingga 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata,

semua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an manakala ketuanya berumur 25 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

"Dengan tertangkapnya semua suspek polis berjaya menyelesaikan 12 kes membabitkan jumlah kerugian hampir RM90, 000.

"Kumpulan ini dipercayai aktif sejak dua bulan lalu, selain menyasarkan kediaman ditinggalkan mereka juga turut memecah masuk rumah yang berpenghuni," katanya.

Katanya, turut dirampas bersama mereka adalah beberapa buah televisyen, telefon bimbit, kamera digital, komputer riba serta barangan kemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 5:18 PM