SHAIKH Abdul Adzis (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Hatim Ab Manan
SHAIKH Abdul Adzis (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Hatim Ab Manan
Oleh NurSaliawati Salberi


Melaka: Polis rampas dadah disyaki heroin bernilai RM10,000 serta menahan dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun dalam serbuan ke dua premis berasingan di Cheng Ria, bermula 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya menahan lelaki 27 tahun dan merampas dadah seberat 450 gram dalan serbuan pertama pada 5.30 petang.

"Dalam serbuan kedua sejam kemudian kami merampas dadah seberat 150 gram hasil pemeriksaan terhadap seorang lagi suspek.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui sumber suspek mendapat bekalan dadah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 2:44 PM