SEBAHAGIAN 600 warga Sekolah Kebangsaan Langkawi mengibar Jalur Gemilang pada Pelancaran Bulan Kemerdekaan di pekarangan sekolah itu hari ini. FOTO Hamzah Osman
SEBAHAGIAN 600 warga Sekolah Kebangsaan Langkawi mengibar Jalur Gemilang pada Pelancaran Bulan Kemerdekaan di pekarangan sekolah itu hari ini. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Kibaran dan perarakan Jalur Gemilang oleh 600 warga Sekolah Kebangsaan Langkawi (SKL) memeriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan di pekarangan sekolah itu di sini, hari ini.

Majlis yang berlangsung meriah pada jam 8 pagi itu turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara serta gimik tiga murid membawa Jalur Gemilang sambil beraksi atas 'Roller Blades'.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah itu, Rajemah Rose Awi berkata, majlis itu bertujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan selain memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah itu.

"Seramai 600 murid dan guru terbabit mengibarkan pelbagai saiz Jalur Gemilang selain bersama menyanyikan lagu-lagu patriotik dan disusuli laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

"Aktiviti lain yang kami susun sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini termasuk pertandingan mencipta puisi, poster, nyanyian lagu patriotik dan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata, paling utama acara yang disusun diyakini mampu mengajak murid di bangku sekolah rendah menghayati erti kemerdekaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 11:23 AM