Pamg bersama Hartini berlepas ke Rio dari Lapangan Terbang Antarabang Kuching (LTAK). FOTO NSTP/CHE RANI CHE DIN.
Pamg bersama Hartini berlepas ke Rio dari Lapangan Terbang Antarabang Kuching (LTAK). FOTO NSTP/CHE RANI CHE DIN.
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: "Saya minta rakyat Malaysia doakan Pandelela buat yang terbaik dan berjaya memenangi satu lagi pingat untuk negara," kata Pamg Johem, 50 bapa kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Dia berangkat ke Brazil jam 2 pagi esok bersama isterinya Hartini Lamin, 48 dan anak sulungnya, Pardoka Indoma, 24 bagi memberi sokongan kepada Pandelela yang akan bertanding acara 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio de Janeiro.

Pamg yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini berkata, pemergiannya ke Olimpik Rio adalah sebagai pemberi semangat kepada Pandelela.

"Mudah-mudahan apabila dengan kehadiran kami, dia lebih semangat kerana sebelum ini hanya Whatsapp sebagai penghubung.

"Kami tidak sabar berjumpanya kerana kali terakhir dia pulang ke Kuching pada Mac lalu," katanya.

Phamg dan Hartini menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 7.55 malam, berjumpa anak sulungnya, Pardoka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Brazil.

Dia dijangka berada di Brazil sehingga 21 Ogos ini.

Pada 10 Ogos lalu, Pandelela dan Chong Jun Hoong memenangi pingat pertama negara menerusi acara terjun 10m platform seirama di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio de Janeiro

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 7:52 PM