PENERJUN wanita negara, Wendy Ng beraksi pada saingan kelayakan 3m papan anjal Sukan Olimpik Rio 2016 dan 299.05 dan layak ke separuh akhir di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. FOTO Rosli Rahmat
PENERJUN wanita negara, Wendy Ng beraksi pada saingan kelayakan 3m papan anjal Sukan Olimpik Rio 2016 dan 299.05 dan layak ke separuh akhir di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. FOTO Rosli Rahmat
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Hanya Wendy Ng layak ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Rio.

Cheong Jun Hoong terkandas pada pusingan kelayakan, awal pagi ini.

Wendy mengumpul 299.05 mata selepas menamatkan lima terjunan untuk menduduki tangga ke-17 daripada 29 penerjun di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Jun Hoong, yang memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama, Selasa lalu, hanya mampu menghuni tangga ke-21 dengan kutipan 282.25 mata.

Hanya 18 penerjun layak ke separuh akhir manakala 12 daripadanya mara ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 10:18 AM