WENDY Ng ketika beraksi dalam acara tiga meter papan anjal di Olimpik Rio 2016. FOTO Bernama
WENDY Ng ketika beraksi dalam acara tiga meter papan anjal di Olimpik Rio 2016. FOTO Bernama
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Hasrat penerjun negara Wendy Ng meraih pingat dalam acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Rio tidak menjadi kenyataan di Pusat Akuatik Maria Lenk, awal pagi tadi.

Wendy yang tampil kali kedua selepas London 2012 hanya menamatkan saingan di tangga ke-10 daripada 12 penerjun apabila mengumpul 306.60 mata menerusi lima terjunan.

Dia bagaimanapun mengatasi pencapaiannya tangga ke-24 dalam acara sama empat tahun lalu.

Pingat emas acara itu dimenangi Shi Tingmao dari China dengan 406.05 mata, perak rakan senegaranya He Zi (387.90) manakala gangsa Tania Cagnotto (372.80) dari Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 8:30 AM