Nur Dhabitah dan Cheong Jun (kanan) menduduki tempat kelima dengan 293.40 mata acara 3m papan anjal serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio.  FOTO Rosli Rahmat
Nur Dhabitah dan Cheong Jun (kanan) menduduki tempat kelima dengan 293.40 mata acara 3m papan anjal serentak wanita di Pusat Aquatik Maria Lenk Rio. FOTO Rosli Rahmat
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Gandingan penerjun negara Cheong Jun Hoong-Nur Dhabitah Sabri terlepas peluang meraih pingat pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.

Jun Hoong-Dhabitah sekadar menduduki tangga kelima pada aksi final acara 3 meter papan anjal serentak wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk apabila mengumpul 293.40 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Pada satu ketika mereka berada dalam kedudukan pingat gangsa namun gagal dalam acara yang dimenangi pasangan China, Shi Tingmao-Wu Minxia dengan mata 345.60.

Pingat perak diraih Tania Cagnotto-Francesca Dallape dari Itali (313.83) manakala gangsa Maddison Keeney-Anabelle Smith dari Australia (299.19).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 10:15 AM