WENDY Ng.
WENDY Ng.
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Penerjun negara Wendy Ng (gambar) mengadu sakit mata selepas melakukan terjunan pada separuh akhir 3 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, kelmarin.

Penganjur Sukan Olimpik Rio berdepan kritikan selepas air di kolam renang itu bertukar kepada warna hijau berikutan kesilapan mereka mencampurkan bahan kimia dalam air namun ia dikatakan tidak menjejaskan kesihatan penerjun.

“Memang mata saya terasa pedih selepas keluar dari kolam. Tapi saya seperti penerjun lain terpaksa menghadapinya dan meneruskan terjunan,” katanya yang layak ke pertandingan final, awal pagi tadi.

Wendy, yang hanya menduduki tangga ke-24 acara itu di London empat tahun lalu, berjaya memperbaiki catatan itu apabila berkongsi tangga kelima dengan penerjun Amerika Syarikat, Abigail Johnston pada separuh akhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 7:42 AM