NAJIB menyampaikan sumbangan kepada warga emas. FOTO Luqman Hakim Zubir
NAJIB menyampaikan sumbangan kepada warga emas. FOTO Luqman Hakim Zubir
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

rnorain@ hmetro.com.my

Pekan: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan golongan yang menolak Islam dan mereka yang bersekongkol dengannya dalam usaha untuk menyatukan umat dan menegakkan ajaran Islam yang sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk menolak golongan ini bagi memastikan syiar Islam terus berkembang.

"Menjadi kewajipan kepada umat Islam menegakkan agama Islam yang sejati dan sebenar... bukan yang terlalu longgar (liberal) atau terlalu ekstrim.

"Pada masa sama, kita perlu hormat agama lain supaya orang lain juga menghormati kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan peringkat daerah di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kemudian turut menyampaikan sumbangan kepada 36 pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan dan 25 warga emas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 9:27 PM