Lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mengerat kaki kiri warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, disambung reman empat hari di Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini - Foto FATHIL ASRI
Lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mengerat kaki kiri warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, disambung reman empat hari di Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini - Foto FATHIL ASRI
Muhamaad Razis Ismail


Pasir Mas: Tahanan reman seorang lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mengerat kaki kiri warga emas ketika cuba menyamun mangsa minggu lalu, dilanjutkan empat hari lagi di Mahkamah Majistret tadi.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Shukri bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut . Sebelum ini suspek ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian minggu lalu, seorang warga emas Mek Som Mat Diah, 89, putus kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamun rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, memaksa doktor memotong kakinya pada paras buku lali.

Difahamkan, lelaki itu yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang namun bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 1:50 PM