MOHD Fikri Noor Rosland di Mahkamah Majistret Pasir Mas. FOTO Zaman Huri Isa
MOHD Fikri Noor Rosland di Mahkamah Majistret Pasir Mas. FOTO Zaman Huri Isa
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Pasir Mas: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan cubaan membunuh seorang warga emas wanita, Ahad dua minggu lalu.

Hakim Dasuki Ali menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Mohd Fikri Noor Rosland, 19, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh dengan cara memotong kaki kiri mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sehingga putus dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu di sebuah rumah di Kampung Tanjung Rendang Lemal, di sini, jam 5 petang, 19 Jun 2016.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh anak kedua daripada enam beradik merayu mahkamah mengurangkan hukuman penjara kepadanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang remaja dipercayai penagih dadah mengerat kaki kiri seorang warga emas wanita dengan menggunakan pisau hingga putus pergelangan kaki mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kerana mangsa tidak memberi wang yang diminta tertuduh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 10:30 AM