HAFIZH Syhahrin ketika melihat keadaan litar di Catalunya, Khamis lalu. FOTO Bernama
HAFIZH Syhahrin ketika melihat keadaan litar di Catalunya, Khamis lalu. FOTO Bernama
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mempamer tunggangan meyakinkan apabila menamatkan saingan Grand Prix (GP) Catalunya, Sepanyol di tempat keempat, hari ini.

Berlangsung di Litar Catalunya, Hafizh yang sekadar bermula di petak ke-13 terus memecut untuk bersaing dengan kelompok depan sehingga pada satu ketika berada di kedudukan kelima.

Hafizh berjaya memotong pelumba Garage Plus Interwetten Thomas Luthi di pusingan terakhir sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan keempat.

Ia adalah pencapaian terbaik keduanya setakat ini selepas turut menduduki tempat keempat pada saingan pembuka musim di GP Qatar.

Seorang lagi pelumba negara, Ramdan Rosli yang beraksi menerusi tiket wild card bersama pasukan PETRONAS AHM Malaysia, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19.

Perlumbaan kategori Moto2 itu dimenangi oleh Johann Zarco dari pasukan Ajo Motorsport, Alex Rins (Paginas Amarillas HP40) kedua sementara pelumba Idemitsu Honda Team Asia Takaaki Nakagami, ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 7:44 PM