Oleh Saiful Affendy Sapran


Sepang: Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Petronas Raceline Malaysia muncul pelumba terbaik negara apabila menamatkan kategori Moto2 di tempat kelapan pada saingan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Sementara pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.

Ramdan Rosli yang beraksi menerusi tiket wild card bersama pasukan Petronas AHM Malaysia turut cemerlang dengan penamat ke-24.

Perlumbaan hari ini dimenangi oleh pelumba Ajo Motorsport Johann Zarco yang sudah dinobatkan selaku juara dunia musim ini.

Tempat kedua diraih oleh Thomas Luthi dari pasukan Derendinger Racing Interwetten sementara pelumba AGR Team, Jonas Folger, ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 2:36 PM
PELUMBA Thomas Luethi (12) dari Switzerland mendahului pelumba lain ketika aksi Moto2 di Sepang. FOTO AP
PELUMBA Thomas Luethi (12) dari Switzerland mendahului pelumba lain ketika aksi Moto2 di Sepang. FOTO AP