Burung yang dirampas hasil serbuah di rumah  di Jalan Station, Layang-Layang, Kluang, semalam. FOTO ihsan PERHILITAN Johor
Burung yang dirampas hasil serbuah di rumah di Jalan Station, Layang-Layang, Kluang, semalam. FOTO ihsan PERHILITAN Johor
Rudy Fazrunisyam Samarudin

Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor menumpaskan sindiket penyeludupan burung terancam dan dilindungi undang-undang hasil serbuan di rumah di Jalan Station, Layang-Layang, Kluang, semalam.

Pengarah PERHILITAN Johor, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, serbuan pada 6.30 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemilik rumah tiga tingkat berkenaan.

Katanya, serbuan dibuat hasil intipan selepas mendapat maklumat awam dan ketika pemeriksaan dilakukan menemui pelbagai spesis burung eksotik dan dilindungi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang bersedia untuk diseludup ke negara jiran.

Katanya, pemeriksaan menemui 97 Burung Murai Batu, Bayan Nuri (empat), Electus Parrot (dua), Grey Parrot (enam), Love Bird (18), Ringlet Parakeet (dua), Plum Headed Parakeet (enam) dan seekor Green Cheked Conure.

"Berdasarkan nilai pasaran semasa, semua burung yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM180,000," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 9:09 PM