Pasangan beregu negara, Vivian Hoo (kanan) dan Woon Khe Wei kecewa apabila kecundang kepada lawan mereka dari China, Tang Yuanting dan Yu Yang pada saingan beregu pertama kejohanan Piala Uber di Pusat Sukan Kunshan hari ini. FOTO Bernama

Saiful Affendy Sapran

Kunshan, China: Skuad Piala Uber negara tewas 0-5 ketika bertemu gergasi dunia, China pada perlawanan pertama Kumpulan A di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Tee Jing Yi yang turun selaku perseorangan pertama tewas mudah 13-21, 11-21 kepada Li Xuerui.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula memberi saingan sengit kepada pasangan nombor tiga dunia Tang Yuanting-Yu Yang sebelum akur dengan kekalahan 11-21, 21-14, 18-21.

Pemain muda negara, Goh Jin Wei pula tidak mampu menyaingi kehebatan pemain berpengalaman Wang Yihan apabila tewas 16-21, 14-21.

Beregu kedua negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang turun selepas itu memberi memberi tentangan sengit sebelum tewas 15-21, 21-19, 11-21 kepada pasangan Tian Qing-Zhao Yunlei.

Perseorangan ketiga negara Soniia Cheah pula tewas mudah 9-21, 10-21 di tangan Sun Yu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 6:39 PM