PESAWAT Antonov 225. FOTO ihsan MAHB
PESAWAT Antonov 225. FOTO ihsan MAHB
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Pesawat terbesar dunia, Antonov 225 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 8 pagi Sabtu ini.

Perkara itu disahkan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) menerusi laman sosial Facebook (FB).

Pesawat buatan Ukraine seberat 640 tan dan sepanjang 88 meter itu dijadualkan mendarat di KLIA bagi mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan terakhir ke Perth, Australia.

Sebelum itu, pesawat yang mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam (Kmj) itu telebih dahulu mendarat di Rajiv Gandhi International Airport, Hyderabad, India dan Turkmanbashi Airport, Turkmenistan sebelum ke KLIA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 9:06 PM