SS percaya ramai yang gembira dengan perubahan artis wanita yang sudah bertudung ini.

Bukan saja cantik tetapi dia juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah sebelum ini. Cuma tuah saja yang belum menyebelahinya lagi.

Justeru, SS percaya, ramai pengarah dan produser yang memburunya untuk beraksi dalam projek filem mereka ketika ini.

Namun, bukan cerita karier lakonan yang SS ­ingin sentuh sebaliknya ada gosip terbaru mengenai dirinya yang kini dikatakan berkawan rapat dengan anak VIP.

Menurut sumber yang disampaikan seorang rakan SS, sudah beberapa kali dia terserempak de­ngan artis itu dan anak VIP berkenaan berkepit dalam majlis hiburan.

Namun, bila dirisik rakan SS, sejauh mana hubungan mereka, artis itu hanya tersenyum dan enggan me­ngulas lanjut.

SS pula hanya­ mendoakan yang terbaik buat artis itu dan pasa­ngannya. Bagi SS, memang sudah sampai ­masanya artis itu men­cari pengganti selepas kisah cintanya dengan seorang aktor dulu putus di tengah jalan.

Lupakan saja kisah cintanya yang pahit itu kerana bagi SS, sampai masanya artis itu buka lembaran hidup baru.

Maklumlah, usia kita akan meningkat setiap tahun dan sampai bila pula dia ingin hidup bersendirian? Bagi SS, bila sudah jumpa yang berkenan di hati, tidak perlulah tunggu lama-lama ya!

SS: Kalau sudah ­jodoh tak ke mana!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 5:00 AM