Apabila rakan SS menyebut nama pelakon kacak ini, SS sudah dapat menjangka intipati ceritanya.

Ternyata betul, sangkaan SS tidak pernah salah apatah lagi yang hendak dicerita itu membabitkan hubungan cintanya.

Kisahnya, pelakon lelaki itu bermain cinta dengan artis wanita lain sedangkan satu Malaysia tahu siapa kekasihnya kini.

Kata teman SS, si artis lelaki itu sanggup menduakan kekasihnya dengan alasan tak puas. Mungkin ada benda yang dia tak dapat daripada kekasih pertamanya sehingga membuatkan dia ‘pasang’ lain.

Lagi pula, apabila dia bercinta dengan pelakon itu, tembelangnya tak terbongkar. Dia boleh beri alasan sekadar teman artis dan tidak lebih daripada itu.

SS terfikir juga, tidakkah kekasih pertamanya itu perasan sebarang perubahan pada teman lelakinya jika setiap malam dia ada urusan lain? Sedangkan kalau ditengok sekarang, pelakon lelaki itu tidaklah sesibuk mana.

Nak kata ‘shooting’ tidak juga atau mungkin teman wanitanya tahu tapi tidak mahu ambil kisah sebab sedia maklum kekasihnya memang ‘buaya darat’.

Kalaulah betul apa yang diceritakan kepada SS, memang dahsyat artis lelaki tu. Tak mustahil dia boleh bercinta dengan orang ketiga pula.

Pesan SS, berubah lah, awak tu semakin berusia. Kalau kahwin pasti sudah beranak-pinak.

SS: Sehingga kini Shahrizal Jaszle lari daripada pihak media bagi menjawab spekulasi perkahwinannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 12:54 PM