ABDUL Zaid Abdul. FOTO fail NSTP
ABDUL Zaid Abdul. FOTO fail NSTP
Norasikin Daineh


Tawau: Peserta Pencetus Ummah 2015, Abdul Zaid Abdul, 31, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Tanjung Batu Laut, dekat sini, kira-kira 9 pagi tadi.

Bapanya, Abdul Sabadin, 71, berkata, anak keempatnya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Tawau selepas ditemui dan didapati dalam keadaan lemah di biliknya.

"Ketika itu dia sudah dalam keadaan lemah dan sesak nafas lalu kami bergegas bawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Zahrah Abdul Syukur, 29, dan anak perempuan, Dhia Zahra yang berusia 15 bulan.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan petang ini di tanah perkuburan Pasir Putih selepas adik beradik yang lain tiba.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 4:16 PM