Megat Mohd Aminuddin (dua dari kiri) menunjukkan alat pemotong besi yang digunakan kumpulan suspek untuk memecah masuk asrama guru. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Megat Mohd Aminuddin (dua dari kiri) menunjukkan alat pemotong besi yang digunakan kumpulan suspek untuk memecah masuk asrama guru. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Serdang: Tiga pemandu lori serta seorang kelindan ditahan selepas dipercayai memecah masuk asrama guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serdang Baru (1) di sini, dan melarikan barang berharga, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, empat suspek berusia 25 hingga 28 tahun itu ditahan selepas menerima laporan dibuat pihak sekolah jam 9.50 pagi, Isnin.

“Bertindak hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), semua suspek berjaya diberkas di sekitar Seri Kembangan lima jam selepas laporan polis dibuat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, polis juga merampas sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, komputer, kamera serta jam tangan.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan suspek ialah memecah masuk bangunan asrama dengan memotong kunci mangga serta mengumpil pintu hadapan sekolah sebelum melarikan barangan berharga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 12:03 PM