Megat Mohd Aminuddin (dua dari kanan) memeriksa anggota unit berkuda sebelum rondaan dilakukan. FOTO Norizuan Shamsuddin
Megat Mohd Aminuddin (dua dari kanan) memeriksa anggota unit berkuda sebelum rondaan dilakukan. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin

Serdang: Polis Serdang dengan kerjasama Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan operasi cegah jenayah di sekitar Bandar Puteri Puchong, di sini, hari ini, bagi mempergiatkan lagi usaha mengekang jenayah.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, menerusi operasi terbabit rondaan secara berkala akan dilakukan oleh enam anggota unit berkuda.

Katanya, anggota unit berkuda terbabit akan melakukan rondaan selama dua haribermula jam 10 pagi hingga jam 2 petang.

"Rondaan dilakukan di sekitar Bandar Puteri Puchong dan kita akan cuba perkembangkan ke tempat lain dalam usaha mencegah jenayah ini dengan menumpukan kawasan panas.

"Pasukan unit berkuda akan dibantu oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Peronda Polis (MPV). Jadi, setiap anggota bertugas akan memaklumkan kepada bilik gerakan sekiranya terdapat sebarang tindakan mencurigakan di lokasi itu untuk bantuan dan sebagainya," katanya pada sidang media di Bandar Puteri Puchong di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2016 @ 12:05 PM