Ardini Sophia Sina


Dulu kehadiran Shiha Zikir, 28, dalam industri seni seakan-akan dipandang sepi. Walaupun menduduki tempat kedua dalam program realiti Mentor pada 2011, ia belum cukup kuat untuk mengangkat anak didik Datuk Sharifah Aini itu ke tahap lebih tinggi.

Bagaimanapun selepas beberapa tahun berusaha tanpa putus asa, 2016 mula membawa tuah lebih besar buat Shiha. Penyertaannya dalam pertandingan D’Academy Asia di Indonesia tidak hanya sebagai profil baru dalam kariernya tetapi turut membuka mata peminat muzik di negara itu.

Shiha akui awalnya dia berat hati untuk menyertai program itu apabila mendapat tahu ia program mempertandingan lagu dangdut.

Katanya, dia mahu menolak tawaran itu tetapi nyata ia sebenarnya rezeki apabila menyertainya tanpa menjalani saringan.

“Memang saya keberatan apabila mendapat tahu pertandingan itu untuk lagu dangdut. Saya manalah pandai nyanyi lagu genre itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:22 AM