SHIHA dan De Meises. FOTO Munira Abdul Ghani
SHIHA dan De Meises. FOTO Munira Abdul Ghani
Ardini Sophia Sina


Usai pertandingan dangdut dan irama nusantara D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia tahun lalu, nama Shiha Zikir terus menjadi sebutan di negara itu.

Dengan menduduki tempat ketiga, kini Shiha melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mengembangkan kerjaya di sana apabila bekerjasama dengan kumpulan De Meises menerusi lagu Jangan Bilang Siapa Siapa hasil ciptaan Harry Tasman.

Naib juara Mentor 2011 itu menganggap kerjasama yang terjalin memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Apatah lagi dirinya yang baru mula bertapak di negara itu, sudah pasti peluang itu memberikan masa depan cerah untuk kerjayanya.

Katanya, tidak timbul isu dipergunakan atau mempergunakan untuk meningkatkan populariti kerana De Meises sudah lama dikenali di Malaysia menerusi lagu Dengarlah Bintang Hatiku.

“Saya lihat kerjasama ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Kata orang ‘give and take’. Isu menumpang populariti pun tidak timbul. Janganlah lihat kerjasama ini dari sudut negatif.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 6:17 AM