PADZILAH Enda Sulaiman.
PADZILAH Enda Sulaiman.
KOLEKSI Siti Khadijah.
KOLEKSI Siti Khadijah.
KOLEKSI Siti Khadijah.
KOLEKSI Siti Khadijah.
Siti Nadirah Hafidzin

Setiap individu terutama golongan usahawan sama ada yang baru berjinak-jinak atau sudah bertapak kukuh pasti mengimpikan perniagaan yang diusahakan berjalan lancar serta memberi pulangan lumayan.

Hakikatnya, bukan mudah untuk menggapai impian yang diidamkan kerana setiap apa yang diusahakan itu memerlukan pengorbanan serta semangat tidak kenal erti putus asa dan tidak cepat mengalah.

Bagi pengasas jenama busana dan telekung terkemuka Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman, dia mula bertapak dengan jenama Siti Khadijah sejak 2009 dan kini sudah mempunyai sembilan butik di Malaysia dan satu di Jakarta, Indonesia.

“Ini bukan perniagaan pertama saya kerana sebelum 2009, saya sudah terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain sebelum tekad untuk mengusahakan jenama Siti Khadijah hingga kini.

“Selepas tujuh tahun, alhamdulillah perniagaan dalam bidang fesyen Muslimah ini membuahkan hasil dan jenama Siti Khadijah semakin diterima semua wanita tanpa mengira usia dan latar belakang,” katanya.

Padzilah Enda berkata, bukan mudah pada hakikatnya untuk menguruskan sebuah perniagaan seperti itu selain mengekalkannya supaya jenama yang diusahakan sentiasa mampu menghasilkan produk berkualiti.

“Usahawan baru yang memilih untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan fesyen Muslimah ini perlu kuat dan sentiasa mencari kelainan supaya produk anda diingati dan menjadi pilihan pembeli.

“Jangan mudah putus asa dan perlu tetapkan niat selain merancang strategi perniagaan dengan baik untuk menjamin masa depan cerah dalam bidang ini,” ujarnya.

Dalam ruangan 7 Cara kali ini, wanita berasal dari Sungkai, Perak ini berkongsi tujuh tip untuk mengendalikan dan kekal dalam perniagaan berorientasikan produk Muslimah:

1. Niat yang khusus.

2. Restu.

3. Jujur dalam menjalankan apa juga perkara terutama perniagaan.

4. Fokus.

5. Usaha gigih tanpa kenal erti putus asa.

6. Berdoa.

7. Tawakal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:01 AM