JENAMA Siti Khadijah (SK) semakin dikenali dan digemari oleh Muslimah yang mementingkan keselesaan.
JENAMA Siti Khadijah (SK) semakin dikenali dan digemari oleh Muslimah yang mementingkan keselesaan.

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 yang berpanjangan menjadi pendorong peralihan peniaga ke arah pendigitalan.

Namun hakikatnya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebenarnya sudah beralih ke pendigitalan lebih awal lagi.

Kini, lebih separuh pekerja PKS sudah menggunakan komputer dengan akses internet serta peralatan digital yang membawa banyak faedah penting untuk perniagaan.

Pendigitalan mengurangkan kos transaksi dengan menyediakan akses lebih baik dan cepat kepada maklumat serta komunikasi antara kakitangan, pembekal dan rangkaian.

Ia membantu PKS mengintegrasikan ke dalam pasaran global, melalui pengurangan kos yang berkaitan dengan pengangkutan dan operasi sempadan serta meningkatkan skop perkhidmatan perdagangan dengan ketara.

Pendigitalan ini juga memudahkan akses kepada sumber termasuk proses kewangan (peer-to-peer lending), latihan dan saluran pengambilan termasuk perkhidmatan kerajaan yang sudah ditingkatkan secara dalam talian.

Ia juga menyokong inovasi dan akses yang lebih besar kepada aset inovasi serta potensi untuk firma menjana data dan menganalisis operasi mereka sendiri dengan cara baharu bagi memacu prestasi yang lebih baik.

#Kejayaan Telekung Siti Khadijah dengan unifi Business

Pengusaha dalam perindustrian sederhana, telekung Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman sudah memulakan perniagaannya sejak 2009.

Berkongsi pembabitannya dalam perniagaan, katanya, beliau tidak pernah mengimpikan untuk menjadi usahawan apatah lagi menghasilkan telekung eksklusif.

"Tetapi, semua itu berubah apabila sukar untuk saya mendapatkan telekung yang selesa dan memenuhi cita rasa," katanya.

Dalam setiap perniagaan pasti ada cabaran dan Padzilah juga tidak lari dengan kesukaran di awal pembabitannya dalam perniagaan.

"Antara kesukaran yang saya perlu hadapi apabila 200 pasang telekung yang dijahit tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

"Ini kerana harga rekaan telekung itu dirasakan terlalu mahal oleh pengguna," katanya.

Namun, wanita hebat ini tidak berputus asa, Padzilah menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran menerusi pelbagai medium seperti cetakan, majalah, pasaran, laman web dan sebagainya.

Usaha tanpa jemu ini akhirnya membuahkan hasil apabila jenama Siti Khadijah semakin dikenali dan digemari oleh Muslimah yang mementingkan keselesaan dan rekaannya bukan sahaja cantik malah eksklusif.

#unifi Business membantu PKS tingkatkan produktiviti dan jualan

Padzilah gembira dengan capaian internet yang stabil dan boleh dipercayai.

Menerusi pelan penyelesaian perniagaan daripada unifi Business ia membantu meningkatkan jualan SK dan kekal di tempat teratas sekali gus membolehkan produk mereka diakses pasaran dunia. Pendigitalan juga membantu SK meningkatkan lagi perniagaan mereka menerusi promosi di media sosial serta platform e-Dagang cari @unifi.

Mengakui perniagaan dalam talian memberi harapan baharu kepada pemilik perniagaan pakaian, Padzilah nyata gembira kerana unifi Business mempunyai perunding PKS untuk memberi bantuan serta sesi bimbingan untuk sebarang masalah yang timbul.

Selain itu, dengan webinar, kelas digital dan latihan dikendalikan oleh unifi Business Club (uBC) kepada pelanggan unifi Business, ia menjadikan perjalanan digitalisasi mereka lancar serta mendapat panduan untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jualan secara percuma.

Sila layari www.unifi.com.my/business atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut mengenai penawaran produk unifi Business. www.unifi.com.my/business.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 7:10 AM