MAHDZIR sebelum mempengerusikan taklimat Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Jambul. FOTO Ramdzan Masiam
MAHDZIR sebelum mempengerusikan taklimat Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Jambul. FOTO Ramdzan Masiam
Zuhainy Zulkifli dan Norsyafiqah Zamal Ishak

Georgetown: Kementerian Pendidikan akan mengedarkan satu garis panduan baru bagi menangani masalah buli dalam kalangan pelajar ke seluruh sekolah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata garis panduan baru itu akan mula diedarkan mulai minggu depan.

"Paling penting yang perlu diambil kira ialah tindakan yang cepat diambil dan dalam kes ini, paling cepat perlu diambil ialah siasatan terhadap pembuli dan mangsa yang dibuli.

"Kita juga perlu lihat sama ada kes berkenaan dilapor kepada polis kerana ada sesetengah kejadian buli yang tidak dilapor," katanya.

Mahdzir berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Jambul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 6:39 PM