Tanaman pokok betik yang terjejas akibat cuaca panas di Kampung Charuk Limbong Besah, Kuala Ketil. FOTO Sabaruddin Abd Ghani
Tanaman pokok betik yang terjejas akibat cuaca panas di Kampung Charuk Limbong Besah, Kuala Ketil. FOTO Sabaruddin Abd Ghani
Zuhainy Zulkifli dan Norsyafiqah Zamal Ishak


Georgetown: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup bermula esok selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 38 darjah Celsius.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan itu dibuat berikutan cuaca panas yang melampau di kedua-dua negeri selama tiga hari sejak Isnin lalu.

Katanya, bagi sekolah di Perlis, penutupan akan dilakukan selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat.

"Manakala sekolah di Kedah ditutup satu hari sahaja iaitu esok (Khamis)," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Terdahulu Mahdzir mengadakan lawatan di Jabatan Pendidikan negeri, Bukit Jambul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 6:22 PM