Chu berbincang dengan peguamnya Eddin Syazlee Shith di luar mahkamah. FOTO Wan Nur Amirah Wan Mohd Redza
Chu berbincang dengan peguamnya Eddin Syazlee Shith di luar mahkamah. FOTO Wan Nur Amirah Wan Mohd Redza
Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memfitnah Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, Oktober tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh Chu Kar Wei, 38, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Asyida Abd Rahim.

Mengikut pertuduhan, Chu dituduh memfitnah Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dengan membuat laporan polis atas tuduhan tertentu dengan niat merosakkan reputasi beliau.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 1:02 PM