Raja Noraina Raja Rahim


PEMUDA dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, pada awal bulan ini.

Tertuduh, Chong Kar Boon, 22, didakwa membunuh Gan Swee Eng, 70, dekat persimpangan lampu isyarat Jalan Tuanku Munawir, Seremban.

Perbuatan itu dilakukan pada jam 4.10 pagi, 7 September lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam, T L Chen dan Datuk Hamdan Majid.

Mahkamah menetapkan 16 November depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 6:20 PM
Chong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Chong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh. FOTO Iqmal Haqim Rosman