IHSAN pembaca
IHSAN pembaca
Mohd Zulkifli Zainuddin

Rantau Panjang: Kanak-kanak lelaki maut apabila dilanggar 4WD di Kampung Berangan, Rantau Panjang, hari ini.

Ahmad Mukris Mat Zain, 10, sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang, dalam kejadian 2.30 petang.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkata akibat perlanggaran itu, murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang itu terpelanting 40 meter ke dalam parit berdekatan tempat kejadian.

Katanya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, dia dibawa ke Hospital Pasir Mas. Kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu Toyota Hilux tidak cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 11:18 PM