V Shem-Wee Kiong (kanan) tewaskan rakan senegara.
V Shem-Wee Kiong (kanan) tewaskan rakan senegara.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England selepas menewaskan rakan senegara Koo Kien Keat-Tan Boong Heong pada aksi suku akhir, pagi tadi.

V Shem-Wee Kiong yang menduduki ranking ke-16 dunia, mencatat kemenangan 21-19, 22-20 pada perlawanan yang berlangsung selama 49 minit di Barclaycard Arena, Birgmingham.

Kemenangan itu bermakna, ia adalah pencapaian terbaik mereka setakat ini selepas terkandas di pusingan kedua, tahun lalu dan muncul satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan kemaraan di pertandingan berprestij itu.

Bagaimanapun, V Shem-Wee Kiong terpaksa berdepan tugas sukar pada aksi separuh akhir malam ini apabila bakal bertemu pilihan keenam dari Jepun Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 8:09 AM