Reaksi Axelsen selepas mengatasi Sasaki pada suku akhir Piala Thomas. PIX AFP
Reaksi Axelsen selepas mengatasi Sasaki pada suku akhir Piala Thomas. PIX AFP
Saiful Affendy Sapran


Kunshan: Skuad Piala Thomas negara akan bertemu Denmark pada aksi separuh akhir, hari ini selepas pasukan dari Eropah itu menewaskan juara bertahan, Jepun 3-2 pada aksi suku akhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Viktor Axelsen menyumbang mata pertama untuk Denmark selepas menewaskan Sho Sasaki 21-13, 21-16.

Gandingan Mathias Boe-Mads Conrad Peterson pula menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-16, 21-17.

Perseorangan kedua Denmark Jan O Jorgensen bagaimanapun tewas kepada Takuma Ueda 21-13, 13-21, 21-10.

Kim Astrup-Andres Skaarup Rasmussen pula tewas kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-15, 21-17 untuk kedudukan erikat 2-2.

Hans Kristian Vittinghus muncul wira selepas menewaskan Riichi Takeshita 23-21, 21-17.

Terdahulu, skuad negara menewaskan Taiwan 3-1 pada aksi suku akhir untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 12:02 AM