FOTO Reuters
FOTO Reuters
Ferzalfie Fauzi

PERJUANGAN beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong di Seluruh England berakhir apabila tumpas di separuh akhir, malam tadi.

Mereka kalah straight set, 13-21, 15-21 kepada pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa yang juga pilihan keenam kejohanan.

Ini adalah kali kedua berturut-turut V Shem-Wee Kiong tumpas kepada Endo-Hayakawa.

Mereka kecundang di tangan beregu Jepun itu di Siri Super Terbuka Australia, tahun lalu.

Pada Sukan Asia Incheon 2014 mereka pernah mencatat kemenangan ke atas pasangan Jepun itu di suku akhir untuk pingat gangsa.

Mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England tahun ini adalah prestasi terbaik mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 10:22 PM