Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang maut. FOTO ihsan PDRM
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang maut. FOTO ihsan PDRM
Nor Farhani Che Ad


Sungai Petani: Remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 2.5 Jalan Sungai Petani- Kuala Ketil, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.33 petang itu, mangsa S Pooarasan, menunggang motosikal bersama rakannya melawan arus dan melintas jalan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi ditunggang lelaki berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, Pooarasan maut di tempat kejadian akibat parah di dada dan kepala manakala rakannya serta penunggang motosikal berkuasa tinggi, parah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat sementara dua mangsa lain turut dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 9:06 PM