Madrid: Lionel Messi (gambar dua dari kanan) muncul pemain pertama mengumpul 300 gol La Liga apabila dua golnya membantu Barcelona mengatasi Sporting Gijon 3-1 di laman lawan sekali gus melonjakkan mereka enam mata di puncak carta, awal pagi semalam.

“Untuk memiliki Messi adalah satu penghormatan,” ujar jurulatih Luis Enrique. “Kami berada di tempat yang kami mahukan.”

Luis Suarez mensia-siakan sepakan penalti pada babak kedua namun menebus kekecewaan itu dengan mnjaringkan gol ketiga yang menyaksikannya mengumpul 40 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Perlawanan di El Molinon sepatutnya dilangsungkan Disember lalu namun terpaksa diubah kerana pembabitan Barca pada Piala Kelab Dunia di Jepun.

Barca mengutip 60 mata daripada 24 perlawanan, enam mata di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid dan tujuh di depan Real Madrid.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 8:44 AM