RUANG pameran ‘pop up’ konsep gaya hidup ‘neu by Cycle & Carriage’ yang terletak di Pusat Beli-Belah 1Utama.
RUANG pameran ‘pop up’ konsep gaya hidup ‘neu by Cycle & Carriage’ yang terletak di Pusat Beli-Belah 1Utama.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Buat pertama kali, Mercedes-Benz, menerusi pengedarnya Cycle & Carriage menawarkan ruang pameran 'pop up' konsep gaya hidup 'neu by Cycle & Carriage' yang terletak di Pusat Beli-Belah 1Utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Thomas Tok berkata sejak penubuhan syarikat itu pada tahun 1899, Cycle & Carriage sentiasa berdaya saing untuk menyesuaikan diri dan berkembang sambil terus komited untuk mencapai kecemerlangan produk dan perkhidmatan dalam sektor automotif yang masih dikekalkan sehingga kini.

"Berkeluasan 3,300 kaki persegi, neu by Cycle & Carriage, adalah komitmen kami kepada pelanggan untuk mereka lebih mudah melihat, menyentuh, merasai pengalaman secara fizikal atau digital untuk penawaran terbaharu daripada Mercedes-Benz," katanya.

"neu" di dalam bahasa Jerman bermaksud "baru" kini diserlahkan dengan pengalaman memiliki kenderaan Mercedes-Benz dalam suasana lebih santai dan unik.

Selama empat bulan mulai hari ini sehingga Oktober hadapan, ruang pameran ini akan menyediakan konsep dan tema tertentu dimulakan dengan kelastarian, elektrifikasi, fesyen jalanan dan pengembaraan yang mendapat kerjasama beberapa jenama gaya hidup tempatan.

Sepanjang Julai, ia mengetengahkan elemen kemampanan sebagai usaha kesedaran umum bagi mengurangkan pelepasan karbon, sisa, air dan tenaga menerusi kerjasama City Gardening untuk bahan tanaman organik dan Munimalisme yang menggunakan bahan alam semula jadi dalam pembuatan pakaian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien mengucapkan tahniah kepada Cycle & Carriage dalam pengenalan neu by Cycle & Carriage di pusat beli-belah terkemuka itu.

"Ia berfungsi sebagai ruang untuk rakan dan peminat Mercedes-Benz mengalami pengalaman gaya hidup jenama yang melangkaui sekadar penawaran kereta, tetapi adalah juga visi kami untuk masa depan dan kehidupan yang lebih mampan," katanya ketika pelancaran.

Turut dipamerkan model- model terbaharu iaitu Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC dan SUV kompak Mercedes-Benz GLA 200 AMG Line, Mercedes-Benz C-Class dan kenderaan elektrik (EV) EQA 250.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 9:22 PM