BERSIH soket pintu.
BERSIH soket pintu.

Lampu amaran pintu tidak rapat Perodua Kancil saya sentiasa bernyala dan ia berlaku selepas membasuh kereta itu.

Lampu amaran itu tetap bernyala ketika pintu tertutup dan apabila dibuka, ia menjadi terang. Apakah masalah yang saya hadapi ini?

SAMSHUL BAHARI HAMZAH, Temerloh, Pahang

Lampu itu berfungsi dan menyala sekiranya litar pembumian menjadi lengkap dengan menyentuh suis pada badan kereta ketika pintu dibuka.

Suis itu ada pada setiap pintu kereta anda. Lazimnya cahaya yang malap melambangkan bahawa ada sentuhan dan pembumian menyebabkan lampu itu menyala tetapi ia hanya separa serta tidak mencukupi untuk mengalirkan arus elektrik dengan sempurna.

Ini mungkin akibat titisan air yang meresap masuk ke soket penyambung litar atau suis itu. Air itu teresap kimia atau garam, malah karat mampu mengalirkan sedikit arus elektrik biarpun air itu sudah kering.

Apa yang boleh anda lakukan ialah bersihkan penyambungan soket dan suis pintu dengan semburan pembersih seperti WD40 untuk mencuci sambungan litar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 5:00 AM