Lampu isyarat kanan, kiri, bahagian depan dan belakang bernyala tetapi tidak berkelip.

Selain itu, saya berasakan gear automatik kenderaan tidak bertukar seperti sepatutnya dan enjin seperti meraung.

MD KHAMARULZAMAN, Kuala Lumpur

Masalah pertama anda kemungkinan hanya kerosakan peranti kelip lampu isyarat.

Kelipan lampu isyarat dikawal oleh peranti termal yang menggunakan haba untuk mengawal nyalaan lampu isyarat.

Jika mengalami rosak, ia tidak lagi berkelip dan perlu ditukar baru, harganya pula murah.

Untuk masalah kedua, anda memerlukan pemeriksaan kekotak gear atau penalaan enjin. Kekotak gear automatik akan bertindak balas kepada bebanan dan kuasa enjin.

Jika dirasakan kuasa enjin tidak mencukupi, ia akan kekal dalam gear rendah hinggalah menjadi ringan dan menukar kepada lebih tinggi.

Namun pemeriksaan kekotak gear akan memerlukan membuka sepenuhnya dan menelan belanja besar.

Cuba dulu menukar minyak gear dan penapis serta menala semula enjin untuk memastikan kuasanya adalah optimum bagi kelancaran kereta anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:00 AM