LAMPU 4L bernyala tetapi kenderaan tidak boleh dipandu.
LAMPU 4L bernyala tetapi kenderaan tidak boleh dipandu.

Saya memandu Isuzu D-Max 3.0 liter manual keluaran 2012. Kini lampu 4L bernyala dan trak pikap itu tidak boleh bergerak ke belakang atau hadapan.

Saya sudah mengeluarkan bateri kereta tetapi masalah itu berterusan. Bagaimana kaedah menyelesaikan masalah ini?

AZMAN ISMAIL

Sandakan, Sabah

Kes ini sangat jarang berlaku dan gambarannya adalah gear rendah yang terkunci terus atau tersangkut.

Apa yang lebih kerap berlaku adalah litar pintas atau respons diberi pengesan kurang tepat dan menyebabkan lampu itu bernyala biarpun tidak memasukkan gear rendah.

Bagi menyelesaikan masalah nyalaan palsu ini, anda boleh mencuba langkah berikut:

- Langkah 1: Tekan semua suis 2H, 4H dan 4L serentak.

- Langkah 2: Hidupkan suis dalam tempoh 30 saat sambil terus menekan semua suis tadi dan lampu 4L itu sepatutnya terpadam.

Namun, seperti yang dikatakan tadi. Nyalaan 4L atau ‘Check 4WD’ palsu itu tidak akan menyebabkan operasi kotak gear terganggu seperti yang dimaklumkan kerana ia lebih menjurus pada kerosakan kotak gear yang perlu dibuka untuk dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:01 AM