Proton Perdana saya me­nyalakan lampu amaran Sistem Brek Antikunci (ABS) dan walaupun sudah beberapa kali membaikinya, masalah berkenaan masih berulang.

Berbahayakah sekiranya saya memandu ketika lampu amaran ABS terus menyala tanpa membaikinya?

MOHD IDHAM

Kelantan

Biarpun sistem ABS mengalami kerosakan, kereta tetap boleh dipandu dan brek masih berfungi.

Bagaimanapun, harus disedari ia sebahagian daripada sistem brek anda dan lebih elok diperbaiki bagi mengelak kecelakaan tidak diingini berlaku.

Lampu amaran ABS yang menyala bermaksud ia dinyah­aktifkan kerana kerosakan.

Brek boleh digunakan dan kenderaan masih selamat dipandu, dengan syarat pemanduan tidak memerlukan ABS, terutama cuba memberhentikan jentera di atas permukaan basah atau licin.

Kereta anda masih boleh dibrek tetapi tidak akan mempunyai kuasa mencukupi.

Diharapkan, anda menyelesaikan masalah itu secepat mung­kin dengan merujuk mekanik yang mahir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 11:14 AM