ZAHIRAH Macwilson.
ZAHIRAH Macwilson.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Nama bintang baru, Zahirah Macwilson antara yang hangat diperkatakan sepanjang 2015.

Pendedahan kisah cintanya dengan Zul Ariffin mengheret pelakon drama Cik Cinderella dan Encik Tengku ini dengan pelbagai lagi kontroversi.

Zahirah bagaimanapun tidak gentar berdepan dengan segala kemungkinan kerana itu janjinya ketika menceburi bidang lakonan.

“Saya anggap 2015 sebagai tahun orang kenal siapa itu Zahirah Macwilson dan bersedia dengan apa saja kemungkinan.

“Apa boleh saya katakan, karier dan kontroversi bergerak seiring. Saya tidak rasa tak adil apabila kisah peribadi saya dihidu dan diperkata ramai kerana ia perkara biasa bagi artis. Kita tidak boleh lari dari kontroversi apabila menceburi bidang glamor,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2016 @ 5:26 AM