Zahirah Macwilson berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil enam bulan.
Zahirah Macwilson berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil enam bulan.
Najiy Jefri


PELAKON Zahirah Macwilson berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil enam bulan.

Zahirah mengumumkan perkara itu di Instagram dengan berkongsi foto imbasan kehamilan, hari ini.

"Sudah enam bulan permata cinta kami. Mak dan Ayah tak sabar untuk bertemu kamu," tulisnya.

Sementara itu, menerusi Instagram suami Zahirah yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza turut berkongsi berita sama.

"Sangat teruja untuk bertemu cahaya mata ini yang juga sebahagian daripada saya dan cinta hati saya iaitu Zahirah," tulisnya.

Zahirah dan Aiman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 9:02 PM