GURU, Nur Azlivinia Adzanan menunjukkan tag nama murid tahun satu pada hari pertama persekolahan di SK Nong Chik, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
GURU, Nur Azlivinia Adzanan menunjukkan tag nama murid tahun satu pada hari pertama persekolahan di SK Nong Chik, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Murid tahun satu menggangkat tangan di perhimpunan pada hari pertama persekolahan di SK Nong Chik, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Murid tahun satu menggangkat tangan di perhimpunan pada hari pertama persekolahan di SK Nong Chik, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Redzuan Muharam


Johor Bahru: Seramai 20,396 murid pra sekolah, 56,585 murid darjah satu dan 54,799 pelajar tingkatan 1 di Johor memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md Jais Sarday berkata, murid dan pelajar berkenaan daripada 597 sekolah rendah serta 231 sekolah menengah.

Menurut Md Jais, bilangan itu menunjukkan pertambahan sebanyak 259 murid dan pelajar secara keseluruhan berbanding tahun lalu.

Md Jais berkata, daripada jumlah itu, 15 sekolah rendah dan menengah terbabit dalam pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang bermula tahun ini.

Menurut Md Jais, ia membabitkan 10 sekolah menengah dan lima sekolah rendah.

Terdahulu Md Jais melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, di sini, pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 11:36 AM