Nurshafika Suhaimi

Siapa sangka dalam ekonomi yang agak perlahan ketika ini, telefon pintar mercu keluaran HONOR masih mendapat permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia.

Jika dilihat, tahun lalu HONOR mengeluarkan telefon pintar mercu terbaharu mereka iaitu HONOR Magic6 Pro yang berharga RM4,499 

Walaupun dijual pada harga agak tinggi, Magic6 Pro dan Magic V2 yang dikenali sebagai 'Telefon Magic' masih mendapat sambutan hangat dan terjual dengan baik dalam segmen telefon boleh lipat.

Tidak cukup dengan itu, HONOR turut membawakan versi Porsche Design HONOR Magic6 RSR dan HONOR Magic V2 RSR, masing-masing berharga RM7,499 dan RM10,999.

Ini menggambarkan kepercayaan terhadap kualiti jenama ini yang sentiasa memenuhi keperluaan pengguna hari ini. 

Adakah pasaran untuk telefon berharga RM10,000?

Image

HONOR Magic V2 RSR telah dilancarkan di Malaysia seawal Januari tahun ini. 

Bagaimanapun, harga jualan masih belum diumumkan ketika itu, namun ia tidak menghalang orang ramai ke laman web rasmi HONOR untuk membuat tempahan pembelian, malah berlaku fenomena kekurangan tempat tempahan.

Kini HONOR meneruskan usahanya dan sekali lagi membawakan telefon mudah alih reka bentuk Porsche kedua, HONOR Magic6 RSR, yang juga mendapat pasaran di Malaysia.

Walaupun pakar ekonomi percaya permintaan global perlahan ekoran pemulihan ekonomi Malaysia, namun keluaran model telefon mercu daripada HONOR menggambarkan permintaan rakyat terhadap telefon yang berkualiti semakin meningkat.

Justeru itu, HONOR Malaysia memasang strategi bijak dalam mempercepatkan susun atur telefon premiumnya dalam siri Magic mereka.

Sejak Januari tahun ini, HONOR memperkenalkan empat telefon pintar mercu baharu iaitu telefon boleh lipat HONOR Magic V2 ,Porsche Design Honor Magic V2 RSR , HONOR Magic6 Pro dan Porsche Design HONOR Magic6 RSR.

Kerjasama terbaharu jenama itu dengan Porsche mencipta telefon pintar ultra-premium, dinamik dengan reka bentuk yang canggih berupa kereta mewah Porsche Taycan, serta teknologi inovatif dan terkemuka.

Image

HONOR Magic6 Pro secara rasmi dijual pada harga RM4,499 dengan hadiah bernilai sehingga RM1,197

Hadiah termasuk HONOR Earbuds X6, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 hari dan jaminan lanjutan 1 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro atau kesemua peranti terbaharu HONOR, boleh klik di sini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 1:05 PM