BOMBA membuka pintu rumah didiami seorang lelaki warga Australia, berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA membuka pintu rumah didiami seorang lelaki warga Australia, berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Australia ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Jalan Bemban, Ampang, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 12.19 tengah malam tadi.

"Seramai 10 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati pintu rumah berkenaan berkunci. Pintu itu kemudian dibuka dan mereka menemui mayat mangsa berusia 48 tahun di dalam rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan penemuan di lokasi kejadian, lelaki terbabit dipercayai membunuh diri.

"Mayat lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

ANGGOTA bomba membuka pintu rumah didiami seorang lelaki warga Australia di Jalan Bemban Ampang, Kuala Lumpur, yang ditemui meninggal dunia, tengah malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 7:51 AM