ANGGOTA bomba membantu lelaki yang cedera pada kaki selepas dihempap antena. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu lelaki yang cedera pada kaki selepas dihempap antena. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Ampang: Malang menimpa seorang pekerja penyelenggaraan apabila cedera di bahagian kaki selepas dihempap antena di atas sebuah bangunan di Jalan Mawar, Taman Mawar, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.21 tengah hari tadi.

"Seramai lima anggota bomba bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di bahagian kaki akibat dihempap antena ketika berada di atas bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa turun sebelum dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. ANGGOTA bomba membantu seorang lelaki yang cedera pada kaki selepas dihempap antena di atas sebuah bangunan di Jalan Mawar, Taman Mawar, Ampang, hari ini.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 September 2021 @ 2:24 PM