Nur Amirah Abd Rani

Proses pembukaan akaun bank di cawangan kadang-kala boleh menjadi halangan kepada pelanggan, terutamanya bagi mereka yang dalam kesibukan dan kesuntukan masa.

Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan baru CIMB Bank Berhad kini tidak perlu lagi menunggu giliran di cawangan untuk melakukan urusan perbankan mereka.

Sebagai langkah ke arah perbankan digital, CIMB telah melancarkan pembukaan akaun baharu dalam talian sepenuhnya untuk pelbagai Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i bagi memudahkan urusan seharian pelanggan-pelanggannya.

Kemudahan terbaru ini adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan CIMB untuk menyediakan perkhidmatan perbankan lancar, pantas, dan selamat untuk khalayak ramai.

Pertama, layari laman web CIMB dan pelanggan hanya perlu mengisi butiran dan memilih "Online Account Opening" untuk kaedah pembukaan akaun.

Langkah kedua, imbas MyKad dan rakam video swafoto untuk proses pengesahan maklumat.

Seterusnya, pelanggan perlu mengisi e-borang untuk maklumat dan langkah akhir mulakan pindahan deposit melalui FPX daripada akaun bank lain.

Antara senarai akaun yang boleh dibuka dalam talian secara langsung adalah Akaun Simpanan, Akaun Simpanan EcoSave-i, Akaun Simpanan Asas, Akaun Simpanan Asas-i, dan Akaun AirAsia Savers.

Selain itu, dengan kad debit CIMB pelanggan akan menikmati pelbagai tawaran sepanjang tahun daripada CIMB dengan promosi dan diskaun eksklusif untuk pelancongan, makanan enak, e-Dagang, membeli-belah, kecantikan dan banyak lagi!

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih aplikasi CIMB OCTO, dilengkapi reka bentuk yang dipertingkatkan dengan alat peribadi pintar dan nasihat kewangan untuk memenuhi keperluan gaya hidup individu.

Aplikasi ini turut menjamin keselamatan pengguna kerana dibina dengan berbilang lapisan keselamatan bagi memberikan pelanggan keyakinan untuk melakukan transaksi bank harian dengan mudah dan selamat pada setiap masa.

Lebih menarik lagi, CIMB telah melancarkan kempen Pembukaan Akaun Digital bermula 10 Oktober 2023 sehingga 30 April 2024 dan menawarkan jumlah pulangan tunai sebanyak RM476,000 untuk diberikan kepada lebih 35,000 pemenang sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Seramai 5,000 pelanggan bulanan pertama yang mendaftar bagi mana-mana akaun peserta simpanan atau simpanan-i dalam tempoh masa ini akan menerima ganjaran pulangan tunai sebanyak RM10, RM20, atau RM100.

Kempen ini terbuka kepada semua individu yang baru menjadi pelanggan Bank CIMB dan tidak mempunyai sebarang akaun simpanan atau produk-produk perbankan sebelum tempoh kempen bermula.

Pelanggan perlu memenuhi semua syarat-syarat di bawah "cara penyertaan" untuk layak menerima pulangan tunai.

Untuk maklumat lanjut layari CIMB Bank.

Tertakluk pada Terma dan Syarat

Notis Penafian: Akaun Simpanan CIMB/-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap Pendeposit.

Ahli PIDM.

CIMB Bank Berhad [197201001799] CIMB Islamic Bank Berhad [200401032872]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 11:23 AM