SIM (duduk) bersama Ruslan (dua dari kiri), Roszita dan Siew pada Taklimat Khas: PKPS 2.0 dan e-invois di Menara HASiL, hari ini. FOTO ihsan HASiL Pahang
SIM (duduk) bersama Ruslan (dua dari kiri), Roszita dan Siew pada Taklimat Khas: PKPS 2.0 dan e-invois di Menara HASiL, hari ini. FOTO ihsan HASiL Pahang

Kuantan: Bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai dalam kalangan orang ramai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Pahang mengadakan kerjasama dengan Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang (PPPGP) menganjurkan Taklimat Khas: PKPS 2.0 dan e-invois di Menara HASiL, hari ini.

Program itu menerima penyertaan seramai 150 peserta.

HASiL Pahang dalam kenyataan berkata, objektif program adalah untuk perkongsian maklumat berkenaan PKPS 2.0 dan pelaksanaan e-invois secara mandatori bermula 1 Ogos 2024.

"Pelaksanaan e-invois dapat memberi banyak manfaat kepada pembayar cukai terutama menjimatkan masa dan penggunaan sumber menguruskan invois serta mengurangkan beban kepada pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

"HASiL turut mengambil peluang untuk menjemput semua pembayar cukai dan ahli PPPGP untuk bersama-sama menjayakan PKPS 2.0 yang sedang berlangsung," katanya.

Program dihadiri Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang; Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Audit HASiL Pahang, Ruslan Othman; Pengarah Operasi Negeri,Seksyen Khidmat Pelanggan HASiL Pahang, Roszita Ismail dan Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang, Siew Fook Chan,

Kenyataan itu berkata, sebagai maklumat tambahan, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang dikemas kini dari semasa ke masa mengikut kategori industri seperti yang berikut di https://www.hasil.gov.my/e-invois/soalan-lazim-industri-spesifik/: Penjagaan kesihatan; Pembinaan; Telekomunikasi; E-Dagang dan Operasi Petroleum.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2024 @ 4:37 PM